Saturday 20 October 2012

Menulis,malam dan kesejukan


Kali ini aku kembali menulis, terus-terusan aku menulis. Menulis untuk aku terus sedar tentang kewujudan aku disini. Aku menulis untuk terus aku bergembira, untuk hilang duka. Ditemani lagu yg indah, aku terus menaip di papan kekunci ini. Ya, ini laptop aku yg terbaru, setelah yg lama di ambil tanpa kebenaran oleh orang lain. Naik terus ke awan, menemani malam sepi, sambil di selubungi awan , aku direndam kesejukan malam. Kesejukan menerkam dalam daging, terus ia menerjah aku ke tulang sehingga aku di perangi ke sel-sel badan ku. Aku harus berhenti berharap, bukan dia yg aku mahu, bukan dia yg aku perlu. Aku masih sejuk, ditemani selimut dan bantal empuk, aku hampir hanyut malam ini, dan aku perlu terus hanyut agar aku dapat berjumpa dgn hari esok. 
Selamat Malam.

Thursday 3 May 2012

Pandangan ini.



Aku tau tiada siapa yg membaca ini,nukilan ini aku luahkan dari isi hati aku sendiri. Semakin aku meningkat dewasa semakin banyak yg aku pelajari,aku alami dan aku perhatikan. Mereka ini yg muncul dlm hidup aku. Aku tidak berapa mengenali mereka tapi cukup dgn perbualan yg singkat aku blh memahami mereka. Kisah silam yg lampau menghantui mereka,ataupun menjadi memori terindah untuk di ingati mereka. Apa pun yg mereka fikirkan,aku tidak dapat mengaggaknya. Mengapa perlu menjadi itu, atau begini untuk kepuasan org lain. Aku sedaya upaya menjadi diri sendiri supaya tidak menyakitkan diri sendiri. Walaupun aku tahu aku dibenci tapi itu bukan alasan untuk aku menjadi orang lain. Aku seringkali memikirkan perkara yg mustahil,aku tau itu mustahil dan aku tak mengharapkan itu semua terjadi. Apa yg aku pinta adalah perjalanan hidup yg sentiasa diredhai oleh Allah. Aku tidak sebaik yg lain,tapi aku ingin menjadi baik. Apa yg aku fikirkan sebenarnya,aku sendiri kurang pasti,aku harap aku bias tabah seperti biasa,seperti dulu. Aku rindukan diri ku yg dulu,hatiku yg tenang,jiwaku yg aman. Namun ia hilang tanpa ku sedari. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yg selalu bertakwa,Kau ampunilah segala dosaku, yang sering melupakanMU.

Kelap malam sendirian,
3 26 pagi,
4 / 5 / 2012

Thursday 12 April 2012

teman lelaki

lagi sekali microsoft word ku menyakitkan hati dan menjadi gila seperti tuannya, maka mood untuk aku menulis tentang tajuk ini makin pudar dan sekarang makin hilang. aku tiada teman lelaki dan aku tidak pernah ada dlm hidupku ini. rakan yg ada aku suka sebagai rakan. yg aku minat sekadar minat dan tidak lebih. dan pada yg rasa ada pakwe tu satu cara utk melarisakn diri,taniah and patut cuba lagi,ia semstinya bukan untuk aku.

sekian,
disaat sakit hati dan ngantuk ya amat,
ku rebahkan diri sambil melayan sinar fm


ketemu lagi untuk tajuk KOLOT.
selamat malamsiang untuk diriku.=)

Monday 9 April 2012

malam ini

malam ini setelah penat ku menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa secara tiba tiba microsoft word ku bertindak bodoh dgn tidak berfungsi,marah dan sakit hati sudah semestinya tetapi dibandingkan dengan kengantukan aku ini,tiada bandingannya. malam ini aku ingin berceritakan perihal aku yg jarang menceritakan apa yg berlaku pada diriku ini dgn rakan rakan. aku lebih senang menyendiri bukan niat untuk menyorokkan tetapi aku lebih senang bersendiri tapi aku suka mendengar masalah org lain kerna aku merasakan yg aku tidak beban dgn masalah mereka. berkongsilah masalah bersama rakan anda yg blh dipercayai utk mengurangkan sakit didada dan masalah dihati. aku yakin rakan yg benar beanr iklas dpt mengurangkan kegellisahan didada walaupun hanya sementara.berkongsilah kerana Sharing is Caring.:)

rakan kau dicipta utk membantu,
tapi rakan kau juga dicipta utk menghancurkan aku,
rakan jgn kau khianati perjanjian ini,
agar dpt ku bertemu mu di akhirat sana.
12 41
10 April 2012
shikin idris

Wednesday 28 March 2012

normal





Biasa,memang biasa.sangat biasa. hari ini aku kembali dengan sikap biasa aku. aku kembali dengan rutin harian aku yg biasa. memang biasa. tapi sampai bilakah aku ingin teruskan kebiasaan ini. aku harus lakukan luar biasa. aku ingin mereka tahu aku bukan yg biasa. aku bukan yang lemah. tapi aku tidak mampu lakukannya. aku sudah terbiasa,normal aku begini. aku juga berasa normal jika aku bersendirian. tidak punya sesiapa. aku berasa normal dgn begitu. tiada yg berminat dgn aku,itu normal. tiada yg peduli dgn perubahan atau kewujudan aku itu juga normal. aku tidak perlukan perhatian seperti mereka. bagi aku apa yg mereka lakukan itu tidak normal. perlukah mereka memberi pandangan yg negative pada org lain,itu bukan perkara normal. pada aku jika kau tidak suka sesuatu diamkan sahaja,jgn kau menghina,mencaci atau melontarkan ayat-ayat yg boleh menyakitkan hati yg lain, itu tidak normal. bagiku bumi makin kurang manusia yg merasakan diri mereka sendiri normal bahkan makin ramai yg rasa mereka perlu bertindak lebih dari normal. jangan kau menipu orang lain kelak kau akan terbiasa menipu diri sendiri pula yg akan menjadi tidak normal.

sekian,
dari aku yg merasakan diriku normal
SHIKIN IDRIS
12 40
29 March 2012

Wednesday 21 March 2012

aku tak bodoh!

aku tak bodoh,memang aku tak bodoh. adakah manusia di dunia dilahirkan sebagai seorang yg bodoh? adakah kita ini memang semulajadinya bodoh? aku tak bodoh. aku tak rase semua org dilahirkan semulajadinya bodoh. aku yakin Tuhan itu cukup adil untuk menjadikan manusia sebagai manusia yg sangat sempurna .aku tidak bodoh tapi aku juga tidak pandai. bukan lah aku utk menentukan siapa yg bodoh. anda tentukan ? juga bukannn. itu semua Tuhan yg tentukaan.

AKU TAK BODOH!

Tuesday 21 February 2012

kebiasaan.

seperti biasa,aku mmg jarang menulis di sini,terlupa katanya. aku pun busy gak,tapi disebalik kebenaran aku membusykan diri supaya aku tidak bosan, hari ini aku kembali merenung ke masa yg lampau. entah mengapa tetibe aku teringatkan masa itu,sayu adalah perkataan yg sesuai. aku berharap agar kejadian itu tidak diulangi lagi dlm kehidupan ku yg serba kekurangan ini. aku tidak mengharapkan yg terbaik tapi aku berharap yg terbaik utk diriku. lupakan kisah lampau.aku ingin ceritakan tentang abg sedetik lebih,anuar zain lar.kebetulan aku terserempak dgn die time break bersama kak niq( teman sekerja). die mmg manissss dan handsome. baik pulak tu.tak sia2 aku tgg die kat escalator.hhehehehehe.so jgn jeleous ekkk.
sampai situ je lar ek.slmat bergumbira.:)